Lawak Anak.
Kelihatan 3 orang suami sedang berkeliaran di depan wad bersalin.Mereka semua sedang menunggu isteri masing-masing bersalin.Beberapa jam kemudian, jururawat keluar dari wad bersalin tersebut dan pergi kepada suami yang pertama.
Jururawat:Tahniah, awak dapat anak KEMBAR DUA.
Ayah 1:Alhamdulillah, lagipun saya bekerja di syarikat DOUBLEMINT
Kemudian, keluar jururawat kedua dan dia pergi ke arah suami yang kedua.
Jururawat:Tahniah, awak dapat KEMBAR TIGA.
Ayah 2:Alhamdulillah, lagipun saya bekerja di syarikat 3M.
Tidak lama kemudian, keluar jururawat ketiga dan dia pergi ke arah suami ketiga.Suami ketiga telah menyaksikan keadaan Ayah 1 dan Ayah 2, dia mula panik.
Ayah 3:Sekejap, saya tidak bersedia untuk mendengar apa yang ingin kamu katakan.
Jururawat:Kenapa?
Ayah 3:Sebab saya kerja kat 7-11...