THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, October 30, 2011

Dah Mati ke BelOM??:LawaK!!

Lawak Pemburu




Di petang yang hening dua rakan karib, Amir dan Zhafri mengambil keputusan untuk pergi memburu kijang.Tiba-tiba, Amir rebah dan jatuh ke tanah.Amir kelihatan tidak bernafas dan matanya berpinar-pinar.Kepanikan, Zhafri membuat panggilan kecemasan.

Operator:Ya, apa saya boleh bantu?
Zhafri:Saya rasa kawan saya dah mati!!..Apa yang perlu saya buat??!!
Operator:Bawak bertenang.First, pastikan yang rakan kamu itu sudah mati.Kami perlu tahu untuk membuat sebarang tindakan.
Kemudian, suasana menjadi senyap seketika.Kemudian, kedengaran satu bunyi das tembakan.



POOOOMMMMMM!!!!

Kemudian Zhafri kembali semula ke talian...

Zhafri:Ok, sudah..Apa yang saya kena buat lepas ini....????Saya pasti dia sudah mati.
Operator:.........klik.."ganggang telefon diletak"


Khemahku Mana??:LawAk!!

Lawak Khemah!!



Satu hari, Sherlock Holmes dengan Watson pergi berkhemah.Selepas makan malam mereka berasa penat dan mengambil keputusan untuk tidur.Beberapa jam selepas itu, Holmes terbangun dan dia terus bangunkan Watson.




Holmes:Pandang ke arah langit dan beritahu aku apa yang kau nampak, Watson.
Watson:Aku nampak berjuta-juta bintang kat langit, Holmes.
Holmes:Apa yang boleh kau simpulkan dari pemerhatian kau?
Watson:Well, alam ini memang mempunyai banyak bintang dan planet.Ia menunjukkan kita ini kerdil jika dibandingkan dengan keluasan alam semesta.
Holmes:Urrrmmm..
Watson:Apa pendapat kamu Holmes?
Holmes:Bodoh!!..Khemah kita kena curik!!

p/s:Lawak ini dalam sikit..:D

Kamu ada 24 Jam je:Lawak!!!


Lawak 24 Jam.


Seorang doktor berkata kepada pesakitnya.




Doktor:Saya ada satu pertanyaan penting dan satu berita buruk untuk kamu.
Pesakit:Alamak!!Apa berita buruknya??
Doktor:Kamu ada 24 Jam sahaja untuk hidup.
Pesakit:Haa???!Ini sudah cukup buruk bagi saya doktor.Apa yang doktor nak tanya itu??
Doktor:Kenapa kamu tidak mengangkat telefon semalam?.Saya dari semalam cuba menghubungi kamu untuk beritahu berita buruk ini.