Pom-Pom Bunyik Mercun!!!Semangat Raya Datang Menjelma!!!!!
Mercun pe yang korang selalu main dulu?Ceciter..
Mercun Pop-Pop
Cara Saya Main:Baling kat belakang baju orang yang warna putih kasi tukar warna hitam!
Bunga api
Cara Saya Main:Gunting bunga api itu kepada kepingan yang lebih kecil.Susun mengikut bentuk yang korang nak kat atas lantai.Macam main domino, nyalakan yang pertama yang lain akan terkena percikan api itu dan menyala gak.Ia akan membentuk bentuk yang lawa.Kalau silap, mungkin ayah atau mama akan pakai langsir tuk baju raya.Biasanya bermain dekat ampaian..:)
Mercun Das
Cara Saya Main:Main perang-perang kat dalam semak, jadikan mercun das macam pistol.Risiko orang menjadi botak tinggi kerana biasanya kami aim rambut.Free-free je gunting rambut raya.
Mercun Papan(Besar)
Cara Saya Main:Ambil satu tin, biasanya tin Milo menjadi mangsa.Telangkupkan tin itu, masukkan bawah tin dan saksikan ia terbang mcm roket apabila ia meletup.Tak payah nak pergi NASA nak tengok roket.Sini pun ada, di Malaysia.
Mercun Papan(Kecil)
Cara Saya Main:Kena berani hendak buat benda ini.Nyalakan sumbu dan letak pada kaki yang berselipar.Jangan lak tak pakai selipar.Selipar yang terbaik untuk aksi ini adalah selipar jepun yang baling anjing konpom mati tu.
Mercun Bola
Cara Saya Main:Nyala kemudian lari.Simple!Kalau tak ikut, nanti ayah akan tanya time salam raya tu.."Man, asal jari ko cam Shrek?"
Mercun Roket
Cara Saya Main:Ambil satu botol kaca kosong.Masukkan roket tu dalam botol itu.Pegang botol and halakan ke mana sahaja tempat yang tidak mempunyai bahan-bahan mudah terbakar.Amat berguna untuk serangan jarak jauh dalam war game raya.
Bagaimana pulak korang sume main??Ceciter...