THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �

Saturday, October 29, 2011

"Ramainya Anak aku??":LAwak!!

Lawak Anak.



Kelihatan 3 orang suami sedang berkeliaran di depan wad bersalin.Mereka semua sedang menunggu isteri masing-masing bersalin.Beberapa jam kemudian, jururawat keluar dari wad bersalin tersebut dan pergi kepada suami yang pertama.

Jururawat:Tahniah, awak dapat anak KEMBAR DUA.
Ayah 1:Alhamdulillah, lagipun saya bekerja di syarikat DOUBLEMINT


Kemudian, keluar jururawat kedua dan dia pergi ke arah suami yang kedua.

Jururawat:Tahniah, awak dapat KEMBAR TIGA.
Ayah 2:Alhamdulillah, lagipun saya bekerja di syarikat 3M.

Tidak lama kemudian, keluar jururawat ketiga dan dia pergi ke arah suami ketiga.Suami ketiga telah menyaksikan keadaan Ayah 1 dan Ayah 2, dia mula panik.

Ayah 3:Sekejap, saya tidak bersedia untuk mendengar apa yang ingin kamu katakan.
Jururawat:Kenapa?
Ayah 3:Sebab saya kerja kat 7-11...



Jin Yang Marah:LAwak!!

Jin Yang Marah..






Ali tengah jalan-jalan tepi Jusco.Tiba-tiba die ternampak satu teko lama dan menyepaknya.Kemudian, seekor jin kuar dari lampu itu dengan keadaan marah.Jin itu berkata, "Walaupun kau membuat aku marah, aku akan tetap bagi kau tiga hajat.TETAPI orang yang kamu benci, iaitu musuh kamu, Boboy akan aku beri 2 KALI GANDA.Hajat pertama Ali, "Aku nak RM 100 juta dalam akaun aku".







Ditunaikan oleh jin itu dan Boboy dapat RM 200 juta.Hajat kedua Ali, "Aku nak 2 motorsikal Ducati".Ditunaikan oleh jin itu dan Boboy mendapat 4 motorsikal Ducati.




Kata jin itu, "Ini kau punya hajat terakhir, fikir baik-baik".Lalu Ali berkata, "Aku dah lama nak menderma sebelah buah pinggang aku..."



Friday, October 28, 2011

Lawak Buah!!!

Lawak Buah

Pada cuti Deepavali yang lepas, 4 orang rakan sedang bercuti di sebuah kepulauan di Lautan Pasifik.Tiba-tiba, kapal itu terlanggar aisberg lalu karam.Empat orang rakan itu pun berenang kupu-kupu kearah sebuah pulau berdekatan




.Sesampainya mereka di daratan, mereka dijumpai oleh orang asli di pulau tersebut dan dipukul sehingga pengsan.Apabila mereka bangun, mereka mendapati diri mereka diikat dengan tali.Ketua puak itu pun berkata.."Siapa yang boleh bawak 10 biji buah yang sama pada aku, akan selamat".

Orang yang pertama sampai membawa 10 biji epal.Kemudian, ketua puak itu berkata, "Masukkan semua buah ini kedalam buntut kamu tanpa sebarang ekspresi di muka kamu".Orang yang pertama itu, cuba memasukkan kesemua buah epal itu, namun tiba-tiba dia tergelak.Lalu dia telah dibunuh serta merta.






Orang kedua membawa 10 buah anggur.Dia pun diarah melakukan benda yang sama seperti orang yang pertama tadi.Dia berjaya memasukkan 9 buah anggur.Tetapi, dia tiba-tiba tergelak lalu dibunuh




.Kemudian DIKATAKANLAH selepas mereka mati, ketika berada di alam lain, orang yang pertama bertanya kepada orang yang kedua."Kau kan dah nak berjaya tadi.Nape ko gelak?"..Orang kedua menjawab, "Aku tergelak sebab nampak orang yang ketiga tu bawak DURIAN!!"


Thursday, October 27, 2011

MerCun Meletop:Edisi Khas Aidiladha!!

Pom-Pom Bunyik Mercun!!!Semangat Raya Datang Menjelma!!!!!


Mercun pe yang korang selalu main dulu?Ceciter..



Mercun Pop-Pop
Cara Saya Main:Baling kat belakang baju orang yang warna putih kasi tukar warna hitam!



Bunga api
Cara Saya Main:Gunting bunga api itu kepada kepingan yang lebih kecil.Susun mengikut bentuk yang korang nak kat atas lantai.Macam main domino, nyalakan yang pertama yang lain akan terkena percikan api itu dan menyala gak.Ia akan membentuk bentuk yang lawa.Kalau silap, mungkin ayah atau mama akan pakai langsir tuk baju raya.Biasanya bermain dekat ampaian..:)



Mercun Das
Cara Saya Main:Main perang-perang kat dalam semak, jadikan mercun das macam pistol.Risiko orang menjadi botak tinggi kerana biasanya kami aim rambut.Free-free je gunting rambut raya.




Mercun Papan(Besar)
Cara Saya Main:Ambil satu tin, biasanya tin Milo menjadi mangsa.Telangkupkan tin itu, masukkan bawah tin dan saksikan ia terbang mcm roket apabila ia meletup.Tak payah nak pergi NASA nak tengok roket.Sini pun ada, di Malaysia.



Mercun Papan(Kecil)
Cara Saya Main:Kena berani hendak buat benda ini.Nyalakan sumbu dan letak pada kaki yang berselipar.Jangan lak tak pakai selipar.Selipar yang terbaik untuk aksi ini adalah selipar jepun yang baling anjing konpom mati tu.



Mercun Bola
Cara Saya Main:Nyala kemudian lari.Simple!Kalau tak ikut, nanti ayah akan tanya time salam raya tu.."Man, asal jari ko cam Shrek?"




Mercun Roket
Cara Saya Main:Ambil satu botol kaca kosong.Masukkan roket tu dalam botol itu.Pegang botol and halakan ke mana sahaja tempat yang tidak mempunyai bahan-bahan mudah terbakar.Amat berguna untuk serangan jarak jauh dalam war game raya.



Bagaimana pulak korang sume main??Ceciter...

ELYYSSA MAISARAH PART #1

ELYSSA MAISARAH



Mulutku membisu tapi hatiku menyusun kata, ingin meluahkan apa yang tersirat dalam hati.Aku hanya mampu melihat dari jauh Elyssa Maisarah meniti pensilnya dengan tangan kecil molek miliknya.Ya, aku memang sudah lama mengintai tirai kehidupan Elyssa.Walaupun realitinya, aku bukanlah sesiapa pada pandangan matanya.Aku hanyalah seorang budak biasa yang tiada kepentingan pada dia.Tidak mungkin aku mampu mendekatinya.Dia seorang kaya manakala aku hanyalah seorang budak yang hanya mempunyai sepasang uniform sekolah untuk dipakai sepanjang persekolahanku.Tidak pernah ku menyangka bahawa satu hari itu, Elyssa menyapaku dari belakang.Ditanganya terselit rapi sepucuk surat.Aku pasti itu bukan milikku."Mahukah Elyssa padaku?"..Seribu alasan dapat ku pikirkan."Awak, saya nak minta tolong boleh? tanya Elyssa padaku.Aku terdiam sebentar mahu menyusun kata.Tidak mahu meninggalkan imej seorang lelaki gagap pada si dia.Aku pun berkata, "Ya, nak apa?"..sedikit tergetar hati aku kerana ini kali pertama kami berbual menghadap muka masing-masing."Ya Allah, comelnya muka dia", aku mengomel sendirian."Tolong bagi surat ni kat Hazim", katanya.Hazim Alias, seorang yang diminati ramai perempuan, seorang yang popular di sekolah kerana sikap dinginnya.Peliknya, Hazim suka berkawan dengan aku walaupun aku ni bukanlah siapa-siapa di mata sesiapa.Hati ini pedih taktala surat itu bertukar tangan.Elyssa pergi meninggalkan aku keseorangan melayan hati yang lara ini.Angin seolah-olah memahami aku.Ia menyapu mukaku sepoi-sepoi bahasa."Mestikah aku menyerahkan surat ini?"



PART 1....NANTIKAN SAMBUNGANNYA
P/s:kalau dapt lebih 50 like akan ada part 2, kalau tidak ia berakhir di sini jer..:)

Wednesday, October 26, 2011

Strange Toilets Design!!

Strange Toilets!!What the.......
















See It To Believe It!!

Tuesday, October 25, 2011

Jenis-jenis orang Di Facebook

oRANG- orANG faCEBOOK!!

  • Penge"like" tegar




  • Pen"tukar gambar setiap minit"



  • Peng"update" status



  • Penge"share"



  • Penge"poke"






  • Penge"page"

My Page..klik here


  • Pemain "game"


  • Pe"status marah orang"


  • Penge"wall post"



  • Promoter blog..;)


  • Peng"komen haha jer"



  • Penge"hack"



  • Pmberi virus "hi, how are you"


WHICH ONE ARE YOU???

Monday, October 24, 2011

Pantang Larang Melayu Dan Rasionalnya:Malay Version

okay..post kali ini saya berbahasa melayu sebab ini post pasal kepercayaan lama-lama Melayu dahulu dan rasionalnya..



"jangan duduk atas bantal, nanti bisul"

Rasional:Bantal adalah tempat kita meletakkan kepala kita.Tak kanlah kita nak bau kentut orang lain??Lagi-lagi kalau lepas makan petai dan makanan yag sewaktu denganya.Tapi kalau dah tercirit lagi laaa..Berita baiknya, bantal itu akan menjadi secret weapon korang dalam pillow fight...tok kite-kite jer..








"jangan ketip kuku waktu malam"

Rasional:Dahulu, kita tiada lampu pendaflour mahupun handset torchlight yang RM 80 sbijik itu, jadi bahaya kita terpotong jari sendiri tinggi kerana dahulu pakai pisau lipat nak potong kuku bukannya pengetip kuku hello kity.Perhatian, saya tak pakai pengetip hello kitty.






"Anak dara jangan nyanyi kat dapur, nanti lambat kahwin"

Rasional:Kalau suara itu sedap bolehlah tapi kalau tidak, memanglah lambat kahwin.Kalau lelaki terdengar suara macam katak si perempuan itu, maka jatuhlah saham dia kat Wall Street lelaki itu.Kalau suare sedap tapi lelaki itu taknak gak kawen sebab rupa tak cantik, maka bolehlah die masuk Vokal Bukan Sekadar Rupa...






"Jangan bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri susah melahirkan anak"

Rasional:Nanti si ibu mertua akan pancitkan kereta anaknya sebab marahkan isteri si anak. Maka susahlah si suami nak hantar isterinya di hospital.Akhirnya beranak dalam teksi, tambang teksi pown naik sebab sudah tambah seorang.


Sorry dapat bagi empat jer..takde idea dah..:)

Sunday, October 23, 2011

Building Or Animal??!!

Buildings that got inspirations from animal look.Such amazing creation!!So artistic!!!!



The Dog House!No Cats Allowed!!



"I have a heart for you, you can come in"



This building looks fishy!!




The Blue Whale Who looks Like Robocop!!




I can fly ALTHOUGH I'M A FISH!!Woohhoooooo!~!!




"Kiss me The Frog Prince, and you're a idiot!"


STRANGE BUT TRUE!!!