THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, October 27, 2011

ELYYSSA MAISARAH PART #1

ELYSSA MAISARAH



Mulutku membisu tapi hatiku menyusun kata, ingin meluahkan apa yang tersirat dalam hati.Aku hanya mampu melihat dari jauh Elyssa Maisarah meniti pensilnya dengan tangan kecil molek miliknya.Ya, aku memang sudah lama mengintai tirai kehidupan Elyssa.Walaupun realitinya, aku bukanlah sesiapa pada pandangan matanya.Aku hanyalah seorang budak biasa yang tiada kepentingan pada dia.Tidak mungkin aku mampu mendekatinya.Dia seorang kaya manakala aku hanyalah seorang budak yang hanya mempunyai sepasang uniform sekolah untuk dipakai sepanjang persekolahanku.Tidak pernah ku menyangka bahawa satu hari itu, Elyssa menyapaku dari belakang.Ditanganya terselit rapi sepucuk surat.Aku pasti itu bukan milikku."Mahukah Elyssa padaku?"..Seribu alasan dapat ku pikirkan."Awak, saya nak minta tolong boleh? tanya Elyssa padaku.Aku terdiam sebentar mahu menyusun kata.Tidak mahu meninggalkan imej seorang lelaki gagap pada si dia.Aku pun berkata, "Ya, nak apa?"..sedikit tergetar hati aku kerana ini kali pertama kami berbual menghadap muka masing-masing."Ya Allah, comelnya muka dia", aku mengomel sendirian."Tolong bagi surat ni kat Hazim", katanya.Hazim Alias, seorang yang diminati ramai perempuan, seorang yang popular di sekolah kerana sikap dinginnya.Peliknya, Hazim suka berkawan dengan aku walaupun aku ni bukanlah siapa-siapa di mata sesiapa.Hati ini pedih taktala surat itu bertukar tangan.Elyssa pergi meninggalkan aku keseorangan melayan hati yang lara ini.Angin seolah-olah memahami aku.Ia menyapu mukaku sepoi-sepoi bahasa."Mestikah aku menyerahkan surat ini?"



PART 1....NANTIKAN SAMBUNGANNYA
P/s:kalau dapt lebih 50 like akan ada part 2, kalau tidak ia berakhir di sini jer..:)

0 comments: